
shimaa0603
3 tahun
Keguguran satu minggu Tapi Test kehamilan positif bagaimana itu
Saya berumur 19thun baru lepas keguguran 1mnggu tapi test kehamilan fositive bagaimana itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ujian kehamilan menggunakan hormon yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang boleh dijumpai dalam air kencing. Selepas keguguran, kadar hCG akan kembali normal (kurang daripada 5mIU/L) sekitar 4 - 6 minggu selepas keguguran.
Disebabkan ujian kehamilan sekarang sangat sensitif, kadar hCG yang kecil mampu memberikan hasil yang positif. Anda mungkin juga dapat merasakan simptom-simptom kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung bersama doktor kami secara terima kasih untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.