
Sulit
4 tahun
Keguguran semasa memakan pil
Sya wanita berumur 20 thun.sya tlh hmil.dan saya tlh memakn pil keputihan .adakah akan memberi kesan kpda bayi saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat lanjut mengenai pil yang diambil oleh anda perlu diketahui terlebih dahulu. Terdapat beberapa ubatan yang perlu dielakkan oleh seseorang wanita semasa sedang hamil. Sukar untuk kami katakan sama ada pil yang diambil oleh anda dapat memberi apa-apa kesan terhadap anda dan kandungan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.