
Sulit
4 tahun
Kegunaaan ubat dalam merawat keradangan kulit
Sye ingin tanya…kulit zakar saya mengalami keradangan…doktor ad memberikan ubat voltaren 50mg dan aquas cream for LA…apakah fungsi dan kesan kedua dua ubat ini…adakah sesuai untuk saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda nyatakan adalah sejenis ubat non-steroidal anti-inflammatory yang dikenali juga sebagai diclofenac yang digunakan untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan. Secara amnya, aqueous cream digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering seperti penyakit ekzema.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.