
Sulit
4 tahun
Kegunaan Gluchopage (Metformin)
nak tanya, boleh ke orang yang tak ada diabetis ambil gluchopage untuk kurangkan berat badan?

4 tahun
Terima kasih kerana bertanya kepada DoctorOnCall tentang pengambilan ubat metformin.
Untuk pengetahuan anda, ubat metformin atau glucophage merupakan ubat yang biasanya digunakan sebagai rawatan untuk pesakit kencing manis. Ubat ini befungsi untuk mengawal paras gula dalam darah pesakit dan ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
- loya
- alahan
- muntah muntah
- cirit birit
Ubat ini juga secara tidak langsung boleh menurunkan berat badan pesakit, namun ianya tidak boleh digunakan hanya untuk menurunkan berat badan semata-mata. Ubat ini juga memerlukan preskripsi dan diberikann di bawah pengawasan daripada doktor.
Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan:
- bersenam sekurangnya 30 minit sehari lima kali seminggu
- makan makanan berkhasiat mengikut piramid pemakanan
- kurangkan pengambilan makanan ringan dan air berkarbonat
- kurangkan pengambilan gula dan minyak dalam makanan
Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan kami secara peribadi di (DoctorOnCall) . Terima Kasih.