
Sulit
4 tahun
Kegunaan pil postinor2 s2 dan kesan-kesan
Saya wanita berumur 31 tahun mengalami kemusykilan tentang pil postinor2 s2…dalam tempoh 72jam, saya ada melakukan hubungan intim sebanyak 2kali…dan saya baru mengambil sebiji pil postinor2 dlm tempoh 72 jam…apakah kemungkinan saya akan hamil jika saya melakukan hubungan intim lebih dari sekali dari tempoh tersebut??

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, harap maaf, oleh kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas, berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Pil perancang kecemasan berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil pil tersebut, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Jika anda telah menggunakan pil perancang kecemasan dalam masa yang ditetapkan, risiko untuk anda hamil adalah rendah.
Walaupun pil ini tidak berbahaya. namun masih mempunyai kesan sampingan yang berdampak pada sesetengah wanita. Selain itu, terlalu kerap memakan pil ini juga dapat mengganggu kitaran haid wanita dan meningkatkan lagi kadar kesan sampingan yang lain.
Antara kesan sampingan pil ini adalah :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual muntah
- Sakit perut
- Pening
- Sakit kepala
Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk mengambil pil perancang kecemasan melebihi 1 kali dalam satu kitaran haid.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.