Sulit
3 tahun
Kegunaan tempol 500mg
Boleh ka makan pill tempol 500mg untuk mengurang kan sakit kepala? Apa sahaja kegunaan tempol 500mg?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat tempol.
Untuk makluman anda, ubat ini mengandungi paracetamol yang boleh digunakan untuk:
- Merawat sakit kepala
- Demam
- Mengurangkan sakit secara umum
Tiada masalah untuk menggunakan ubat ini sebagai rawatan sakit kepala yang biasa. Sila baca arahan pengambilan ubat terlebih dahulu sebelum anda memakannya.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Sekiranya sakit kepala anda masih berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klinik untu pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.