
Sulit
4 tahun
Kegunaan ubat motilium
Saya ingin tanya, boleh ke ubat motilium ini digunakan untuk pulih kan sakit tekak disebabkan saya mengalami gastrik juga atau adakah ubat yang boleh digunakan dalam masa sama makan ubat gastrik itu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat motilium digunakan untuk menghilangkan gejala loya dan muntah. Ia tidak berfungsi untuk merawat sakit tekak. Saya sarankan anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara, bergantung pada punca sakit tekak itu, doktor anda akan memberikan ubat yang sesuai untuk merawat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.