Sulit
4 tahun
Kehamilan ada lah Hamil atau tak
saya nak tanya Kalau hubungan sex Tapi pancut luar Tapi hari selepas itu saya period ade kemungkinan boleh mengadung ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, hubungan seks tanpa perlindungan baik ejakulasi di dalam atau luar kemaluan, sekiranya terdapat kesan air mani pada alat kelamin wanita, terdapat risikonya untuk menjadi hamil. Namun, jika anda mengalami haid setelah berhubungan seksual, risiko untuk hamil adalah rendah. Bagaimanapun, sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

































