
Sulit
5 tahun
Kehamilan kesuburan
Saya ada masalah lendir berwarna chocolate keluar sebelum waktu kesuburan Berlaku pada hari ke-13. Adakah berbahaya ? Adakah kesuburan saya tidak berlaku pada hari ke-14 ? Adakah pada hari kesuburan saya boleh bersama suami ? Adakah saya susah untuk hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi- mungkin anda sedang mengalaminya
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca spotting berlaku pada anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.