
Sulit
3 tahun
Kehamilan period lambat
assalamualaikum saya nak.tnya…saya period dah lambat,tapi.saya rasa sakit senggugut,sakit pinggang.pinggul…emosi tak stabil…saya n.suami rancang sendiri…tapi.bulan.lepas brsama suami n.trlepas kedalam…tp.lepas tu sy period…mungkinkah akn.brlaku kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara tanda-tanda pasti kehamilan adalah tidak datang haid untu suatu tempoh yang panjang. Berdasarkan pernyataan anda bahawa selepas bersama suami, anda telah mengalami period, menunjukkan bahawa anda tidak hamil.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan period lambat. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan