
Sulit
3 tahun
Kehamilan selepas haid. Adakah saya akan hamil jika saya telah datang haid pada bulan lepas dan telah berhubungan intim seminggu sebelum haid pada bulan lepas?
Saya telah melakukan hubungan intim seminggu sebelum haid iaitu pada 17/07 dan telah datang haid pada 24/07. Dan kini pada 27/08 belum ada tanda2 haid datang. Adakah ini bermaksud sy hamil?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, pada setiap bulan, lapisan rahim akan menjadi tebal untuk bersiap sedia untuk implantasi sekiranya proses persenyawaan antara telur dan sperma berlaku. Sekiranya proses persenyawaan tidak berlaku, maka lapisan tersebut akan digugurkan. Ini dikatakan haid.
Anda memaklumkan bahawa anda telah mendapat haid selepas menjalankan hubungan seksual, oleh itu, sekiranya anda tidak mengadakan hubungan seksual selepas tamat haid, anda tidak hamil.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.