
Sulit
5 tahun
Kehamilan tanpa hubungan seksual
saya nak bertanya, adakah seorang wanita boleh hamil tanpa ada seksual intercourse? maksudnya seperti wanita yang dicabul di dalam pengangkutan awam dan si pencabul itu memancut sperma di bahagian belakang perempuan iaitu di bahagian punggung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, anda tidak boleh mengandung jika sperma itu dipancut di luar dan dibahagin belakang. Untuk kehamilan berlaku, persenyawaan antara terlur dan sperma harus berlaku. Maka, sperma tersebut harus masuk ke dalam vagina, rahim dan kemudian berenang ke telur di tiub fallopian.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.