Anonymous
4 tahun
Kehamilan tidak terancang
Hai doctor isteri saya berumur 36 tahun dan kami mempunyai 4 orang Anak,yg pertama 12 tahun,8 tahun,5tahun & 5 bulan,baru2 ini wife saya Hamil walaupun sudah mengambil pil terancang,baru tidak datang bulan 2-3 mingguni ,pregnant test positive 2 line,suami pula tidak dpt me lakukan kerja berat sbb kerosakan pada lutut akibat kemalangan semasa di tempat kerja…buat masa ini ekonomi kami Amat kekurangan,wife ingin mencari alternatif untuk menggugurkan sebelum semakin janin membesar,dimanakah kami boleh dapatkan rawatan yg rendah kos semampu kemi.terime kasih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Menggugurkan anak adalah sesuatu yang dilarang di Malaysia. Perkhidmatan seperti ini tiada di Malaysia. Apa yang anda boleh lakukan adalah berbincang lanjut dengan LPPKN atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.