
Sulit
5 tahun
Keinginan memaksa tpi was was
saya telah mengandung 2bulan. saya ingin minum air cocacola. ada org ckp yg air itu tidak boleh d minum sepanjang tempoh awl kehamilan. adakah itu benar ? dan selain nenas. apakah juga makanan yg di larang untuk di mkn oleh ibu mengandung ?

5 tahun
Salam sejahtera,
Pengambilan coca-cola bukanlah dilarang sama sekali namun tidak digalakkan bukan sahaja ketika mengandung, malahan suatu tidak mengandung. Hal ini kerana kandungan gula yang tinggi. Bagi ibu mengandung pula, pengambilan minuman manis lebih berbahaya kerana golongan ini mudah untuk mendapatkan sakit kencing manis.
Buah nanas boleh diambil ketika mengandung dan setakat ini belum ada lagi kajian mengatakan bahawa ia berbahaya kepada kandungan.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.