Sulit
2 tahun
Kejang di lubang anus
Saya perempuan 27tahun, belum berkahwin. Saya tertanya apakah penyakit/condition ini,
Sakit apakah ini yang seperti kejang/mencucuk/ngilu di lubang anus,
Ianya mengakibatkan, aktiviti kerja yg dilakukan terhenti seketika,
Sakit inijuga biasanya saya rasakan semasa sedang haid dan terkadang di hari yg biasa.
Saya fikirkan, masalah ini di alami sesetengah perempuan, tp lelaki juga ada. Dan juga ada yg tidak alaminya.
Tenkiu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan. Akan tetapi, maslah ini boeh disebakan oleh:
- Hemoroid
- Fisura anus (luka di bahagian dubur)
- Fistula anus dan abses anus
- Proctalgia fugax- disebabkan ketegangan pada otot di bahagian dubur.
- Sindrom levator ani
- Prolaps rektum
- Jangkitan
- Inflammatory bowel disease (keradanagn sistem usus)
- Benda asing yang masuk ke dalam rektum
- Masalah pada tulang- Seperti keradangan pada tulang ekor, radang sendi atau tumor tulang di daerah panggul.
- Kanser anus atau rektum
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini.