
Sulit
5 tahun
Kejang perut/sakit perut
Saya wanita berusia 30 tahun.saya alami sakit perut Yang teramat sangat rasanya sama seperti ketika nak bersalin.saya mula mengalaminya pada usia 20 tahun iaitu sebelum berkahwin.Dan ia berlarutan sehingga saya mempunyai 2 orang anak… Sakit nya datang tidak kerap cuma dalam setahun 6/7 kali ia menyerang.adakah saya mempunyai sebarang penyakit?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Apendicitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.