
Sulit
5 tahun
Kejang perut sejak tahun lalu
saya wanita yg berumur 28thn dan mempunyai 1 anak yg berusia 10thn…sejak tahun lalu sy mengalami kekejangan perut dibahagian atas…sy risau jika saya mengalami apa² penyakit yg serius…sy minta pandangan dr doktor apa sebenarnya yg berlaku kpd saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD (pedih ulu hati)
- Radang pankreas atau pancreatitis kronik
- Masalah jantung seperti Angina Pektoris yang disebabkan oleh kekurangan saluran darah ke jantung.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Masalah kekejangan otot mungkin disebabkan oleh kekurangan mineral atau kekerapan menjalani aktiviti yang menggunakan otot di bahagian atas perut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.