
Sulit
4 tahun
Kekadang lambat makan pil perancang
Saya pengamal perancang keluarga jenis mercilon…selalu sya mkn pil jam 9 mlm…ada msa sya lmbt mkn…pali g lmbt 10.30 mcm tu…adakh sya berisiko utk hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kombinasi mengandungi dua jenis hormon sintetik estrogen dan progesteron. Mereka berfungsi dengan meniru fasa luteal dalam kitaran haid. Hal Ini menghalang pembebasan LH dan FSH yang diperlukan untuk ovulasi. Selain itu, kontraseptif gabungan juga mengurangkan risiko kehamilan dengan menebalkan lendir serviks untuk mencegah sperma masuk serta menipiskan dinding endometrium untuk mengurangkan kemungkinan implantasi janin.
PIl ini harus diambil setiap hari pada masa yang sama. Namun, kelambatan beberapa jam tidak akan menjejaskan keberkesanan ubat tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih terperinci, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.