
azmi1110
2 tahun
Kekejangan seluruh badan dan kesukaran bernafas
Saya lelaki berumur 34 tahun. Kelmarin kira-kira 10 ke 15 minit setelah berjoging sejauh 5km, saya telah mengalami kesukaran bernafas mula merasa kejang seluruh badan. Bermula ditangan dan seterusnya hingga ke kaki. Keadaan juga agak berjerebu ketika saya berjoging. Mujur jiran saya sempat membawa saya ke klinik. Di klinik, doktor menekup mulut, hidung dan saya bernafas mengunakan beg plastik. Saya juga dimasukkan air sebanyak 2 botol. Kekejangan beransur hilang setelah itu. Ini merupakan kali pertama saya mengalami keadaan ini. Jarak joging itu juga biasa saya lakukan 1 - 2 kali seminggu.
Apakah simptom yang saya alami ini dan kesan di masa akan datang. Perlukah saya membuat pemeriksaan menyeluruh?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kekejangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kurang potassium/kalsium atau vitamin B12
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah saluran darah - seperti penyakit saluran darah tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh berjumpa dengan doktor diklinik bagi pemeriksaan kesihatan serta ujian darah dan sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan, maka mereka boleh merujuk anda kepada doktor pakar dihospital. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.