
Anonymous
5 tahun
Kekerapan pendarahan
Sy Puan Nor…
Last pap smear 2tahun lepas sebelum kahwin…
Tempoh kahwin 2tahun…
Sy kerap mengalami pendarahan semasa bersama Dan kerap mengalami pendarahan selepas habis ny waktu period (1minggu 1,2kali,means dlm sebulan dlm 4,5,6 kali darah berwarna merah² coklat)… apa faktor yang mendorong kerap ny pendarahan berlaku?
Dan baru ni sy mengalami perut memulas,tekak loya n muntah² yg X pasti sebab & punca ny…
Bolehkah sy dapatkan penerangan dari Doc secara terperinci… Terima Kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, masalah pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis
(Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.) - Fibroid
(Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.)
Untuk mendapatkan penerangan secara terperinci serta untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.