
Anonymous
5 tahun
Kekerapan sakit sebelh dada seakan mncengkam dada..i
sy wanita berusia 27 tahun…dalam 3 hari kebelakangan nie sering merasa kesakita didada sebelah kanan sekan dicengkam secara tbe2 dengan secara kerap sekali dalam sehari…

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:
-Serangan jantung/sakit jantung
-Angina
- Radang jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih