
Sulit
4 tahun
Kekurangan darah menyebabkan haid cair berpanjangan
Saya wanita berumur 18 tahun, adakah benar apabila mengalami anemia boleh menyebabkan darah haid cair keluar berlebihan dan adakah boleh saya mengambil ubat tambah darah di farmasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, tiada waktu tertentu untuk seseorang untuk mendapat gejala kekurangan darah. Ia bergantung kepada kuantiti darah yang keluar semasa sedang haid. Selain itu, kekurangan darah tidak berkaitan dengan haid yang cair tetapi haid yang berpanjangan dan banyak akan menyebabkan masalah kekurangan darah atau anemia.
Berikut merupakan beberapa punca seseorang wanita mengalami haid berpanjangan:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda mempunyai gejala kekurangan darah yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Lemah dan lesu badan
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Dada berdebar
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
Berkenaan ubat pula, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan terlebih dahulu kerana punca anemia anda perlu diketahui terlebih dahulu sebelum rawatan diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda.Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.