Sulit
3 tahun
Kekurangan darah merah, penyakit anemia atau lain?
saya berumur 18 tahun, masa saya f3 ade amik darah untuk talasemia, daripada result tersebut saya dapati kekurangan darah merah, kemudian doc suruh saya ambil darah lagi sekali pada tahun ini, dan result tahun ni menunjukkan saya bukan talasemia, adakah saya ade anemia atau penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sukar untuk saya mengulas dengan lanjut mengenai masalah anda kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Untuk makluman pihak anda, anemia merupak gejala di mana anda didapati mengalami masalah kurang darah merah. Akan tetapi, terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan kondisi ini. Antara penyebab anemia adalah thalassemia. Selain dari itu penyebab yang paling biasa adah kekurangan iron.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah anemia anda dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.