
Sulit
3 tahun
Kekurangan G6PD. Akan menerima vaksin pada 4 Mei
Anak saya yg berumur 22 tahun mengalami G6PD deficiency sejak lahir. Tapi tidak berlaku apa apa yg serious kepadanya. Cuma pernah demam panas waktu kecil n admitted ward. Dia akan menerima vaksin sinovac pada 4 Mei 2021. Bolehkah dia teruskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keselamatan vaksin COVID-19 kepada anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, sekiranya anak anda mempunyai penyakit G6PD, pengambilan vaksin anak anda boleh dipertimbangkan. Anak anda perlu menyatakan tentang maklumat kesihatan dirinya semasa mendaftar vaksin COVID-19.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini