
Sulit
5 tahun
Kelahiran Pra matang
Saya berumur 35 tahun. Sekarang sedang hamil 35 minggu.
Untuk pengetahuan doktor, saya sedang mengambil suntikan proluton sehingga saya hamil 36 minggu.
Suntikan tersebut adalah kerana saya mempunyai sejarah kelahiran pra matang semasa anak pertama iaitu 30 minggu.
Soalan saya, apa akan jadi, sekiranya saya tidak mahu mengambil suntikan proluton tersebut minggu ini?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan suntikan Proluton adalah untuk mencegah keguguran di awal kehamilan akibat badan kurang menghasilkan hormon untuk menyokong lekatan janin. Sekiranya anda tidak mahu mengambil suntikan ini, anda dikehendaki untuk berbincang dengan doktor yang memberikan anda suntikan ini kerana mereka lebih mengetahui akan sejarah kesihatan dan kehamilan anda dan supaya mereka boleh memberikan alternatif dan nasihat yang bersuaian untuk anda jika anda tidak mahu mengambil suntikan lagi. Sekian