
muhdhazeem068
5 tahun
Kelamin sakit dan gatal
sejak beberapa harini kemaluan saya berasa amat sakit dan gatal . ia seperti ada ulser di kemaluan . apakah yang perlu saya lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kelamin berasa gatal dan sakit boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit sifilis - jika ada melakukan hubungan seks bebas
- Alaha dermatitis - pada kain seluar atau sabun
- Gigitan serangga
- Radang saluran kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.