Sulit
5 tahun
Kelemumur yang teruk, kulit kepala gatal dan naik biji merah di kulit kepala
Saya pelajar berumur 19 tahun. Kulit kepala saya sering gatal dan kelemumur yang sangat banyak sehingga naik biji biji merah di kulit kepala. Jadi apa
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit kepala yang dialami boleh jadi disebabkan pelbagai perkara. Anataranya:
- dermatitis seboroik
- akibat jangkitan kulat
- dermatitis
- Alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































