
Sulit
5 tahun
Kelenjar air liur dan air liur pekat,berbuih
Sy nk tanye…sy ada kelenjar air liur pada bibir…dlm berapa hari ni…sy dapati air liur sy pekat dan berbuih…ape yg perlu sy buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda harus mendapatkan rawatan lanjut kerana rawatan yang bersesuaian bergantung kepada saiz serta jenis penyakit yang anda hadapi. Antara rawatannya ialah pembedahan minor. Oleh itu, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor berdekatan untuk mendapatkan pandangan terperinci. Jika anda membiarkan ia berlarutan, terdapat risiko komplikasi seperti berikut:
- jangkitan kuman
- saiz kelenjar akan membesar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.