
Sulit
4 tahun
Kelenjar bawah rahang bengkak
Kawan saya mengalami bengkak pada kelenjar bawah rahang selama 3 hari , apa penyebabnya dan cara untuk memulihkannya? Adakah ia penyakit yang serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca berlakunya bengkak kelenjar (lymphadenopathy) yang boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama itu disebabkan oleh jangkitan, keradangan atau ketumbuhan . Secara umumnya, kelenjar bengkak biasanya adalah respon tubuh badan untuk melawan sesuatu jangkitan. Kebiasaannya, ia akan baik pulih dengan sendiri dalam 2-3 minggu.
Kelenjar dalam artikel merujuk kepada kelenjar limfa atau noda limfa. Ia adalah sebahagian daripada sistem limfa yang berfungsi untuk melawan jangkitan. Noda limfa akan menapis kekotoran dari limfa, iaitu sejenis cecair badan. Anda boleh mendapatkan kelenjar bengkak di bahagian tubuh yang berlainan, tetapi anda mungkin merasakannya pada leher, di ketiak atau di pangkal paha.
Tiada rawatan khusus bagi bengkak kelenjar. Rawatan diberi berdasarkan penyebabnya dan tiada petua alami yang dibukti berkesan menangani masalah ini.
- Kelenjar bengkak yang disebabkan oleh virus tidak memerlukan rawatan. Kelenjar akhirnya menyusut. Ini boleh mengambil masa beberapa minggu atau lebih lama.
- Sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria, doktor anda mungkin memberi anda antibiotik.
- Sekiranya kelenjar bengkak anda disebabkan oleh kanser, doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar yang sesuai untuk rawatan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.