Sulit
4 tahun
Kelenjar bawak ketiak
Hi dr saya nk tanya,kelenjar di ketiak membengkak,perasan sy sudah berbulan2,bila tekan akan rasa sakit…apa yg perlu sy buat,adakah ini normal &perlukah sy berjumpa dengan doktor utk rawatan.
Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang noda limfa (lymphadenitis)
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Puting berdarah
- Perubahan pada kulit sekitar payudara
- Puting merekah
- Terdapat benjolan di sekitar payudara dan ketiak
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan tanpa sebab yang boleh dijelaskan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
































