
Sulit
4 tahun
Kelenjar di bahgian tengkok
Saya wanita 40’an mengalami benjolan di bahgian tengok dan rasa sakit bila di tekan di bahgian tengkok,area telinga,kepala,hari pertama sahaja saya demam,saya dah pergi buat ujian darah atas nasihat doktor keputusan darah ok,apa masalah saya ni

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah tiroid
kelenjar Lymph node yang membengkak
Ketulan lemak (Lipoma)
Gumpalan tisu fiber
Foliculitis
Cyst/Kista
Jika anda mengalami kelenjar limfa yang bengkak, terdapat beberapa punca berlakunya bengkak kelenjar (lymphadenopathy) yang boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama itu disebabkan oleh jangkitan, keradangan atau ketumbuhan . Secara umumnya, kelenjar bengkak biasanya adalah respon tubuh badan untuk melawan sesuatu jangkitan. Kebiasaannya, ia akan baik pulih dengan sendiri dalam 2-3 minggu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.