deeprahman1923
5 tahun
Kelenjar dicelah kelengkang
Hi doktor!
Saya wanita berumur 45tahun,masalah saya ada kelenjar dicelah kelengkang. Ia kenyal, licin dan tidak sakit.
Disamping itu juga saya bermasalah dengan pembuangan air besar.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pertama sekali kami tidak begitu memahami apa yang anda maksudkan sebagai kelenjar di kelengkang. Jika ada mengalami benjolan atau ketulan dikelengkan. masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lipoma
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
bagi masalah pembuangan air besar yang tidak lawas, ia boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Buasir
- kekurangan air atau serat dalam badan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- masalah tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































