
Sulit
4 tahun
Kelenjar rahang bengkak selepas melakukan rawatan facial microneedling
Saya berumur 38 tahun.wanita.setelah saya melalkukan rawatan microneedling disebuah spa,kelenjar di bawah telinga hujung rahang saya bengkak selepas semalaman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kelenjar getah bening (lymph node) memainkan peranan penting untuk melawan jangkitan. Mereka berfungsi sebagai penapis, memerangkap virus, bakteria dan penyebab penyakit lain sebelum mereka dapat menjangkiti bahagian lain badan. Kawasan biasa di mana anda mungkin melihat kelenjar getah bening meliputi leher, bawah dagu, ketiak dan pangkal paha.
Oleh itu, masalah kelenjar bengkak ini boleh disebabkan oleh jangkitan. Namun, sebelum itu, harus dipastikan bahawa sememangnya kelenjar anda yang bengkak. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.