Sulit
5 tahun
Keletihan yang melampau
Saya ade masalah keletihan melampau hari ni selepas berbasikal dengan perut kosong… badan terasa sangat lemah walaupun dah makan. Yang saya makan tu terasa nak muntahkan semula. Bila duduk saya terpaksa bernafas melalui mulut.adakah teruk simptom yg saya hadapi ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, jika keletihan anda ditambahi dengan gejala kesukaran bernafas, anda amat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan susulan. Secara umum, masalah terpaksa bernafas melalui mulut atau kesukaran bernafas, boleh dikaitkan dengan beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Justeru maklumat lanjut daripada anda serta pemeriksaan lebih teliti adalah diperlukan. Jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































