
Sulit
6 tahun
Keliling miss v kering
Sebelum dan selepas period keadaan sekeliling miss v Kering. Menyebabkan kegatalan. Sehingga Kadang-kadang jika pakai panty hitam ada kesian serbuk2 kulit Kering. Why?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemaluan kering dan gatal boleh disebabkan:
- Alahan pada sabun atau kain seluar dalam
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus/sclerosis
- Jangkitan kelamin seperti sifilis - jika melakukan seks bebas
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.