Sulit
6 tahun
Keliru alat uji kehamilan pudar
Saya wanita 20’an. Saya telah terlambat datang haid. Tarikh last period saya ialah 10july2019. Tadi saya cek guna alat pregnancy test pada pukul 5.30pm, saya dapati result pudar. Adakah saya hamil atau tidak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian kehamilan yang samar-samar boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Bagi memastikan keberkesanan ujian kehamilan, anda perlu lakukan pada waktu pagi (mengikut arahan dari pek ujian) dan merendam dengan cukup masa. Sekiranya anda masih ragu-ragu akan keputusan ujian kehamilan anda, maka anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk ujian pengesahan. Sekian




























