izzuddinazali50
6 tahun
Keliru berkaitan diabetis dan bacaan darah
boleh saya tahu adakah orang diabetis boleh trun smula ke normal range bacaan darah tu dr? sy tak diabetis cuma curious, klau 2 aro sahaja tinggi gula tidak semestinya automatik dpat diabetis kan …sbb prnah tnye 1 dr ni dia ckap tuk jdi diabetis long term consumption pf food…klau stakat bberapa hari saja x kan terjadi,…boleh kasi penerangan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,secara amnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 11 mmol/L 2 jam tepat selepas makan. Alternatifnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 7 mmol/L selepas 8 jam berpuasa. Namun demikian, jika paras gula anda adalah melebihi 7.8 mmol/L tepat 2 jam selepas makan, atau melebihi 5.6 mmol/L selepas 8 jam berpuasa, maka anda telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai impaired glucose tolerance atau impaired fasting glucose. Kedua-dua kondisi ini boleh meningkatkan risiko untuk menghidap kencing manis.
Ujian untuk kencing manis hanya tepat jika anda menguji 2 jam tepat selepas makan atau selepas berpuasa untuk sekurang-kurangnya 8 jam. Bacaan 9.5 mmol/L adalah tidak tepat jika anda tidak menguji gula darah anda tepat 2 jam selepas makan. Oleh itu, anda digalakkan untuk menguji paras gula anda sekali lagi di bawah kondisi yang tepat. Doktor hanya boleh mengesahkan bahawa anda menghidap penyakit kencing manis jika anda mempunyai bacaan melebihi 11 mmol/L untuk 2 bacaan berbeza 2 jam selepas makan.
Untuk memastikan anda menghidap kencing manis atau tidak,adalah bagus kalau anda membuat ujian paras gula di mana mana klinik serta berbincang dengan doktor tentang keputusan. Namun demikian, Anda digalakkan untuk meneruskan gaya hidup sihat anda untuk mencegah kencing manis. Selain selalu bersenam dan menjaga pemakanan, anda juga digalakkan untuk mengekalkan berat badan antara BMI 18 hingga 22 dan berhenti merokok jika anda seorang perokok.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.





































