
Sulit
3 tahun
Keliru berkenaan ujian hamil
Saya wanita 20 an n dh berkahwin beberapa Hari yang lepas saya telah ke Salah satu klinik swasta untuk test kehamilan .keputusan Yang keluar adakah positive Dan saya ulang balik test dekat rumah mnunjukan nagtive .sy ad juga Cuba untuk test lepas 3 Hari ttapi kputusan msih nagtive. Sya keliru ,sbb dlm masa terdekat sy akn ambil 2nd dose vaksin … doc di klinik swasta ckp kndungan sy sudah 4 minggu .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Memandangkan anda telah ke klinik swasta yang telah mengesahkan kehamilan anda, sememangnya anda hamil. Ujian UPT yang anda lakukan sendiri boleh menunjukkan keputusan yang tidak tepat. Ini boleh berlaku kerana :
- cara penggunaan yang salah
- alat ujian yang rosak
- hormon hCG dalam air kencing masih dalam kuantiti rendah
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sebaiknya anda menjalankan ujian darah dan ultrasound untuk mendapatkan kepastian mengenai kehamilan anda. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.