
Sulit
4 tahun
Keliru dengan cara mengambil postinor
bolehkah postinor diambil sebelum hubungan sexual?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan postinor.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual.Anda seharusnya mengambil dos pertama (1 biji) secepat yang mungkin dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Dos kedua (1 biji) seharusnya anda ambil 12 jam selepas dos pertama.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.