
Sulit
4 tahun
Keliru dengan sukatan pengambilan vitamin mengikut umur
Keliru dengan sukatan pengambilan vitamin mengikut umur. Anak Saya berumur 16, 13 & 5 tahun. Berapakah sukatan untuk pengambilan vitamin c.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, ia harus didapati dari luar seperti dari makanan. Pengambilan vitamin C tanpa preskripsi doktor dibenarkan dan perlu mengikut dos yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengeluarkan vitamin tersebut. Anda boleh rujuk pada kotak vitamin tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.