
Sulit
4 tahun
Keliru dgn kehamilan
Dr ini berkenaan dgn soalan saya sebelum ini mengenai kekasih suami saya. Dia juga telah mengesahkan dirinya mengandung pd hari yg sepatutnya dia datang period iaitu 15/6/2020. Mereka bersama pada 5/6/2020 dan kehamilannya disahkn dgn pregnancy test kits. Jarak mreka bersama and kehamilannya ditentukan hanya 10 hari sahaja. Ada kemungkinan yg penyebabnya suani saya. Terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Untuk makluman anda, selalunya penggunaan ujian kehamilan melalui air kencing (UPK test) adalah pada sekurang-kurangnya seminggu selepas tarikh haid yang sepatutnya (terlepas) bagi pengesahan yang maksima. Namun, keputusan UPK juga boleh dilakukan pada 1 atau 2 minggu selepas tarikh bersama (05-06-2020) seperti yang diperihalkan. Oleh itu, adalah kemungkinan besar bahawa keputusan kehamilan positif UPK test yang dilakukan oleh kekasih suami anda adalah berdasarkan persenyawaan yang berlaku sekitar tarikh bersama tersebut. Harap ini menjawab soalan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.