
Sulit
4 tahun
Keliru hamil atau tidak
Assalamualaikum…sy berumur 24 tahun,sy ade 2 ank, ank sy yg no 2 umur dh msok 2tahun…6/11 hri pertama sy dtng bukn habis 11/11…20/11 sy pergi klinik untk ambil ubat perancang mcm biasa nurse suruh buat ujian upt dulu…dh buat dpt keputusan positif, nurse mntak sy jmpa doc untk scan…doc scan xnmpak apa…mnkin awal lgi kehamilan, doc hntr sy ke hospital untk kepastian lgi, doc hospital buat lgi ujian upt dpt keputusan positif jugak…scan skali lgi xnmpk jugak…23/11 sy buat sndiri ujian air kncing kt rumh memg terang2 nmpk 2line…tiba 27/11 sy turun darah mcm dtng buln…sy tertanya2 sy ni gugur ke atau dtng buln…sy terus ke hospital jmpa doc…doc buat ujian air kncing keputusan negatif pulak…doc scan pon xnmpk apa…doc pon jdi keliru minggu lepas positif…minggu ni negatif…di sbb sy pergi lain2 doc…doc sah kn yg sy ni xmengandung…sy tnye doc darah yg keluar ni darah apa…gugur atau dtng buln…doc ckp kalo dh xmengndung mcm mne nk gugur…tpi sy kire tarikh dtng buln pon masih jaoh lgi…sy pon keliru…29/11 sy buat lgi ujian air.kncing kt rumh satu line terang satu line lgi samar2 sahaja…mcm mne ye doc…sy pon buntu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kekeliruan anda. Untuk pengetahuan anda, masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid atau haid anda datang lewat dari yang sepatutnya.
Sekiranya pada waktu tersebut ujian anda masih lagi negatif atau samar-samar, kami sarankan anda untuk membuat ujian lanjut seperti melakukan scan untuk mendapatkan tarikh kandungan anda yang lebih tepat.
Kami juga tidak dapat memberitahu sama ada anda mengandung ataupun tidak kerana anda masih perlu diperiksa oleh doktor untuk menentukan sama ada anda mengandung ataupun tidak.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.