
Sulit
4 tahun
Keliru mengandung ke tk? saya takthu adakah saya mengandung atau pun tidak ,
Hai , sy auni berusia 22tahun , sy nk tnya hritu awal bulan 10 sy ad test pregnant dan keputusan positif , kemudian untuk pastikan sy betul betul mngndung sy pergi klinik dan klinik mengesahkn sy mngdung , kemudian hujung bulan 10 sy ad kluar darah mcm haid tp tkde laa bnyak sngt dalam 8 hari dia dtg , kemudian sy prgi klinik lgi untuk pastikn apa masalah dan doktor test pregnant 2 line tp scan tk nmpak baby , lpastu doktor ambk ujian darah sy , kemudian doktor cko sy mngdung , tapi hrini sy test pregnant positif , 1 line je , jadi sy keliru apa masalah sy sbnarnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Sekiranya ujian dilakukan terlalu awal, kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
- Kandungan luar rahim
Ujian kehailan lain boleh dilakukan di klinik seperti ultrasound dan ujian darah. Saya tidak boleh simpulkan apa yang anda alami pada waktu ini kerana saya perlu melihat kepada ujian darah dan ultrasound anda. Sebaiknya anda bertanyakan hal ini kepada doktor yang anda jumpa.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Jika anda mempunyai keraguan dan ingin mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih