Sulit
4 tahun
Keliru samada mengandung atau sebaliknya
sya bru brnikah pada 18mac,lastpriod sya pda 28feb,pada bln3 sya x period langsung pda awlnya sya jangka sya adalh mngandung tetapi pada 15/4 keluar darah coklat dlm kuantiti sikit & slps 3 hari kluar darah seakan haid n berlarutan shhga skrg.adakah tu normal.tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan coklat yang sedikit. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gejala ini boleh berlaku, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca sebenar gejala ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Berkenaan dengan status kehamilan, anda disyorkan untuk melakukan ujian kencing kehamilan (Urine Pregnancy Test) atau anda boleh ke mana-mana klinik bagi mendapatkan ujian untuk kepastian tentang perkara ini.
Risau dengan masalah pendarahan coklat? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih























