
Sulit
4 tahun
Kelopak Mata Bengkak sebab alahan
Saya wanita berumur 45 tahun mempunyai alahan pada kulit dan sejak kebelakangan ni menjadi semakin teruk apabila mata pula membengkak dan terasa amat gatal pada kelopak mata.Buat masa ni saya mengambil ubat prednisolone bentuk pil.Keadaan ini akan normal selepas mengambil ubat secara berterusan selama 3 ke 4 hari. Tetapi kemudian akan berulang kembali bengkak pada mata. Saya tidak pasti samada disebabkan oleh pemakanan atau persekitaran. Adakah rawatan atau ubatan lain yang perlu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat lanjut mengenai alahan anda perlu diketahui supaya ia boleh ditangani dan dirawat. Sekiranya anda menggunakan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor, sila gunakannya mengikut dos yang diberikan atau behenti sekiranya tidak diarahkan oleh doktor.
Berikut merupakan beberapa sebab mengapa mata anda menjadi gatal:
- Periorbital cellulitis
- Conjunctivitis
- Mata kering
- Allergic rhinitis
- Gigitan serangga di sekitar mata
- Ekzema
Kami sarankan anda untuk bertemu dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan adalah berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Berikut merupakan punca-punca mengapa seseorang mengalami reaksi alahan:
- Debu
- Pemakanan
- Sejarah keluarga mempunyai alahan
- Ubat-ubatan
- Serangga
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.