
Sulit
4 tahun
Kelopak mata membengkak
saya mengalami bengkak di bahagian kelopak mata…doktor dalam bidang apakah yg patut saya jumpa,pakar kulit atau pakar mata? atau bidang lain…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kelopak mata membengkak.
Bagi masalah anda ini, anda boleh berhubung dengan Pakar Mata (Ophthalmologist) di hospital, mereka lebih mengetahui dengan mendalam tentang masalah ini. Namun sekiranya sukar untuk anda membuat temujanji dengan Pakar Mata, anda juga boleh berjumpa dengan Pakar Perubatan Keluarga (Family Medicine) di mana mana klinik. Boleh jadi bengkak yang anda alami hanyalah biasa dan tidak memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar mata.
Sekiranya anda ingin berhubung dengan Pakar kami, sila klik link ini untuk membuat temu janji dengan Pakar Mata.
Sakit mata mengganggu anda ? Dapatkan penyelesaian segera !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.