
ainiekim3
5 tahun
Keluar air mani dari faraj
Saya wanita berusia 29yr dan telah berkahwin dgn duda anak 2 selama 1 tahun. Selesai hubungan kelamin, air mani suami mesti keluar dari faraj. Adakah setiap kali berlakj hal yg sama saya sukar utk hamil doctor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, adalah perkara biasa untuk air mani keluar daripada faraj selepas hubungan kelamin. Untuk mendapatkan zuriat dengan efektif, anda perlu mengira hari haid anda dan mengetahui tarikh dimana anda subur. Anda digalakkan untuk melakukan hubungan pada hari dimana anda subur. Anda boleh baca lebih lanjut tentang cara untuk mudah hamil di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.