Sulit
5 tahun
Keluar bau dan nanah
salam DOKTOR ,saya wanita berumur 36thn ,mengambil pil perancang PROGYLUTON dan mengunakan IUCD kali ke-2 pada 0ck’2019 hingga sekarang.Sepanjang tempoh penggunaan x ada berlaku kesihatan,akan tetapi baru2 nie berlakunya masalah kesihatan pada faraj sy mengeluarkan bau hanyir dan telah mendapatkan nasihat doktor dan mengambil ubat (METRONIDAZOLE 200mg dan XIDOX CAPSULE 100mg)…AKAN tetapi suami pula keluar nanah pada zakarnya.Adakah ianya berpunca sy memakai IUCD…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh suami puan. Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, tanda-tanda yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































