
Sulit
4 tahun
Keluar bintik merah di kulit tangan tetapi tidak gatal
Saya wanita 24 tahun, saya nak tanya Dr berkenaan kondisi kulit tangan saya. Terdapat beberapa bintik merah di kulit tangan saya tetapi tidak gatal. Pada mulanya ia timbul di jari, setelah hilang dan beberapa hari ia timbul di jari yang berlainan. Apabila ditekan ia akan hilang, selepas itu timbul semula. Keadaan ini membimbangkan saya apabila ia timbul lagi di kawasan lengan kanan saya. Bintik merah ini hanya timbul di kawasan tangan kanan sahaja dan hanya ada 8 bintik sahaja. Saya juga sedang konsum ubat hormon yg diberikan oleh dr pakar wanita untuk melancarkan period, adakah kesan pengambilan ubat hormon tersebut ke atas kulit saya ataupun penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulit
- Kulit kering
- Reaksi ubat
- Penggunaan pil perancang
- Penyakit kaki, tangan dan mulut
- Erythema nodosum
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anda. Sukar untuk kami katakan apakah punca bintik-bintik tersebut. Oleh itu pemeriksaan oleh doktor perlu dilakukan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.