
Sulit
5 tahun
Keluar cairan berwarna coklat
saya telah pun period semasa 6march-9 march untuk heavy bleeding dan lepas daripada hari tersebut saya telah bersama dgn suami saya pada 16hb dgn cum diluar dan tidak mkn pil perancang kerna telah mkn emrgency pill pada 22feb bln lps . Namun slps pda hari itu saya cecair berwarna coklat berlaku. Apakah masalah tersebut’?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid. Cecair coklat tersebut mungkin disebabkan oleh kesan sampingan pil perancang kecemasa.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih